MBMB Sediakan Kiosk Pembayaran Layan Diri

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah melaksanakan sistem pembayaran menggunakan mesin kiosk dalam usaha menaik taraf perkhidmatan PBT di Bandaraya Melaka Bersejarah. Penyediaan kiosk pembayaran layan diri ini bertujuan memudahkan orang ramai membuat pembayaran bagi perkhidmatan MBMB dan secara tidak langsung dapat mengelakkan kesesakan di kaunter sediada.

Untuk Fasa 1 ini, MBMB menyediakan sebanyak tiga(3) unit Mesin Kiosk Layan Diri yang telah ditempatkan di Bangunan Graha Makmur MBMB, dan mula dibuka kepada orang awam mulai hari ini.  Mesin kiosk ini menerima pembayaran bagi cukai pintu, kompaun, sewa gerai, bil rampai dan bil pelan. Akan datang, sekiranya Fasa 1 ini mendapat sambutan yang baik, MBMB berhasrat untuk meletakkan kiosk - kiosk bayaran ini di tempat-tempat tumpuan awam seperti pusat membeli belah, pasaraya serta agensi perkhidmatan lain.

Antara kelebihan pembayaran di mesin kiosk ini adalah :

  • Pembayaran boleh dibuat secara kad kredit/debit,e-wallet, tunai dan melalui cek;
  • Membenarkan pembayaran secara pukal maksimum 5 bil pada satu-satu masa;
  • Mesra pengguna. Mudah untuk menyemak bil dengan penyediaan Kod QR dan semakan maklumat umum pelanggan.
Contact Us
Send us your enquiry and we'll get back to you:
Send us a message
We'd Love to hear from you
Longbow Solutions Sdn. Bhd.
Longbow Digital Sdn. Bhd.
P5-13, Shaftsbury Square,
Jalan Impact, Cyber 6,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Touch n Go Refund Inquiries: (Whatapps only. Please do not call as it is an unattended number)